`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, September 4, 2012

SEMUA Rakyat pilih Malaysia dan SEMUA rakyat pilih Mengundi



Apabila saya berhenti seketika daripada menulis mengenai sekitar kenyataan Dr Mahathir, lebih baik pilih syaitan yang kita kenal daripada malaitkat yang kita tidak, ada seorang pengomen mengatakan saya menulis artikel lain sebagai penyelamat muka. Face saving gesture. Steady lah wok.  Perhaps you don’t have sufficient mental caliber yet.

Dr Mahathir kata dia hanya ada weak school certificate dan bukan lah cendekiawan. Itu pun sudah terror kerana ramai seperti saya, hanya lulus SA- Sekolah Atap.

Bosankan? Apabila orang mahu memenangi hujjah dengan berlagak hipokrit membangkitkan perasaan simpati dan bercakap dalam nada perli dan mengejek ngejek, itu menunjukkan bahawa dia tidak ada isi dan bahan untuk menyokong pandangan nya. Tapi itulah yang kita sudah lali dengan cara Dr Mahathir- mengejek, memerli, merendah diri secara artifisial dan sebagai nya.

Dan bila Dr Mahathir kata orang Melayu boleh menjadi bangsa yang terulung dalam dunia, saya sokong dan percaya. Dengan syarat kita buang UMNO dengan budaya menaungi dan membuli dan membudak budakkan orang Melayu.

Inginlah saya beritahu pembaca tersebut, tidak ada perkara seperti itu dalam kamus saya. Saya berhenti hanya untuk memecahkan kebosanan. Kalau kita bercakap mengenai perkara serupa berhari hari, tentulah kita bosan dan jemu kan?

Maka tulis yang lain sekejap. Kemudian saya akan kembali kepada tema yang serupa, kerena kemenangan keatas puak jahat mesti diulang ulangkan. Behenti sekejap, datang semula. Sebaik sahaja mereka ingat sudah selamat untuk mandi dalam laut, kita serang semula. Saya harap pengomen tersebut gets the drift.

Kerja2 mendedahkan kemungkaran kerajaan UMNO/BN tidak akan habis. Oleh yang demikian penulisan mengenai perkara tersebut tidak akan berhenti.

Lihat sebagai contoh, propaganda halus yang di jalankan oleh jentera media UMNO. Iklan dalam TV dan akhbar arusperdana yang mengistiharkan Saya Pilih Malaysia dan Saya Memilih Untuk Mengundi. Ini iklan yang membudakkan pemikiran bangsa Malaysia apatah lagi orang Melayu. Marilah kita mengingatkan orang UMNO, SEMUA rakyat memilih Malaysia dan SEMUA rakyat memilih untuk mengundi. Yang mahu kekal kuasa denan cara dictator dan yang enggan memerdekakan rakyat ialah puak UMNO. Puak UMNO kata mereka pilih Malaysia- yang mereka pilih ialah suatu Malaysia yang Fascist yang dikuasai oleh mereka. Bila puak UMNO kata mereka pilih mengundi, kalau boleh yang mengundi itu meraka mahukan terdiri semuanya dari  orang UMNO dan pendatang asing yang di meesegerakan kerakyatan mereka.

Inilah petanda sebuah kerajaan yang tidak bertangung jawab. Tidak pernah dalam sejarah kita bedepan dengan sebuah kerajaan yang amat hipokrit dan pembohong. UMNO/BN menjerit sana sini supaya rakyat Malaysia bersatu, tapi pada masa yang sama, menanam bibit2 perpecahan masyarakat.

Dengan menjadikan juribicara saya pilih Malaysia dan pilih pengundi beberapa orang penyokong UMNO/BN, apa gimik nya? Gimik nya ialah untuk memberitahu rakyat, manakala penyokon UMNO memilih cara demokrasi yakni melalui proses mengundi, ada golongan rakyat yang memilih jalan yang tidak demokratik.

Walhal yang tidak demokratik ialah UMNO. Apalah maksum dan mulia sangat gambar Najib dan Rosmah? Jika ia suatu kesalahan undang2, caj sahaja pesalah nya dalam mahkamah. Tapi jangan lupa caj juga mereka yang mengencing gambar Nik Aziz, Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Haji Hadi dan pemimpin2 PR yang lain. Dalam negara yang bersopan dan beradab, ketua pembangkang yang diiktiraf oleh perlembagaan dan parlimen dihormati. Mari kita bertarung sebagai gentleman dan orang yang beradap bersopan.

Sejak bilakah UMNO merasakan bahawa mereka pemulia agama maka dengan itu tidak membenarkan orang lain menyalahgunakan masjid dan surau. Mengapa sebagai tindak balas, UMNO TIDAK menjalankan kegiatan mereka( tazkirah, ceramah) dalam surau dan masjid? Penggunaan masjid dan surau dalam bentuk tertentu, mestilah diimbangi oleh UMNO dengan penggunaan cara yang serupa. Kenapa UMNO tidak buat demikian dan tidak menyalak sana sini bagai anjing busuk kepala?

Agaknya, itulah sebab nya, negarawan kita, Dr Mahathir bekas PM dan pengasas UMNO baru pun menyertai iklan dalam TV menyatakan saya memilih mengundi. Realiti nya bukan Dr Mahathir seorang sahaja yang pilih mengundi. Dan pemilihan Dr Mahathir sebagai jurucakap saya pilih mengundi amat penuh ironi- sebab dialah presiden UMNO yang memberi undi bonus kepada presiden dan timbalan presiden UMNO yang menyebabkan penentangan terhadao dua kedudukan itu hampir mustahil.

Mahathir has always been a closet dicator. Semua boleh selagi ikut cakap nya. Kenapa harus bekas PM dan beberapa orang lain melakukan iklan mengingatkan rakyat untuk mengundi? Memang lah benar, semua rakyat Malaysia pilih jalan mengundi untuk memilih kerajaan yang mereka hendak. Dan adalah menjadi kebenaran juga bahawa semua rakyat Malaysia pilih untuk mengundi UMNO keluar.

Jadi jangan lah menepuk belakang tanda ucapan tahniah dengan menyangka bahawa Dr Mahathir dan beberapa orang yang ada dalam iklan itu sahaja yang memilih untuk mengundi. Semua rakyat akan turut memilih untuk mengundi dalam PRU yang ke 13 ini. kalau dijalankan pada bulan 11, maka jadilah seperti Daim bilang, 11 itu lambang 2 batu nisan diatas kuburan UMNO.

Posted by sakmongkol AK47

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.