`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, September 16, 2012

Perjuangan orang Melayu yang sebenarnya!



Salah seorang yang terlibat dalam penubuhan UMNO ialah pendita Zaaba atau Zainal Abidin bin Ahmad. Kalau ikut Zaaba nama asal nya ialah United Malays Oragnization. (UMO) Dia seorang cendekiawan, pemikir dan pendidik yang terkenal. Yang beri dia gelaran pendita- sage atau bijaksana ialah Tun Razak kerana memperakui ketajaman dan kehalusan fikiran.

Pada umur yang awal, Zaaba telah memikirkan dan menulis mengenai topik2 sosial dan ekonomi dan politik. Dalam tahun 1921, beliau  menulis banyak rencana atau artikel yang tinggi mutu nya dalam Bahasa Inggeris menerusi akhbar Malay Mail. Rencana2 asal dalam bahasa Inggeris kemudian nya banyak di terjemahkan kedalam bahasa kita, bahasa Melayu.

Antara toipik atau isiu yang sangat diperhatikan oleh Zaaba ialah sebab2 orang Melayu ini miskin, mundur dan jauh ketinggalam dalam perlumbaanhidup. Kepada Zaaba, kemiskinan orang Melayulah itu yang menjadi suatu sifat yang terlebih sebati dengan orang Melayu dsebabkan 2 perkara. Pertama mengikut Zaaba ialah:-

1.  Keadaan agama Islamnya dan iktkad2 kepercayaannya yang telah jatuh beberapa rendahnya daripada ketunggalan dan kebersihannya yang asli, pada hal iktikad2 ugama itulah yang memerintahkan segala jalannya dan gerak gerinya di dalam dunia ini.

2.     Kedua megikut Zaaba ialah kezaliman oleh pemerintah2 daripada bangsa mereka sendiri. Kezaliman yang dimaksudkan ialah beratus ratus tahun lamanya mereka telah kena perabdikan dan kena picit dan perah dan ramas ditangan pemerintah2 nya yang pada zaman dahulu itu. yang demikian itu menjadikan bangsa Melayu mewarisi kepada beberapa tabiat perangai dan kebiasaan yang lemah dan rendah dan menjadi kelaziman keatas mereka. Perwarisan laku perangai dan tabiat yang rendah2 ini lah yang menjadi acuan menempa akan orang Melayu ini kepada rupa bentuk hari in.

Keadaan2 yang menjadi kelaziman kepada orang Melayu ini, mengikut Zaaba menjadi keperangaian kedua pangkat nya dari keperangaian kesemulajadian orang Melayu itu. dari suatu sudut kedatangan British ke Tanah Melayu ini ada faedah nya.

Apakah kesan positif kedatangan Inggeris tanya Zaaba?- kesan positif nya ialah melepaskan orang Melayu daripada kejahatan dan kebuasan tuan2 penghulunya seperti yang telah lalu itu. iaitu kebuasan dan kebinatangan puak feudal.

Namun demikian kedatangan Brtish itu tidaklah dapat ia melepaskan yang telah tertempa bentuknya dalam tuangan perkelilingan tatkala zaman azab sengsa dahulu itu.

Apa matlamat orang Melayu sebenarnya? 

Mengikut Zaaba- dan masa sekarang hanyalah tinggal lagi kerja2 kita mesti menghapuskan segala kehasilan keji keji dan malang yang telah jadi daripada kesalahan zaman dahulu itu dan berpalinglah serta buat akan pemulih dan pengganti segala taksir yang telah sudah itu.

Makna nya, perjuangan orang Melayu yang sebetulnya ialah membuang segala laku perangai dan tabiat yang rendah yang sudah tertempa berkurun lama nya oleh pemerinatahan bangsa mereka sendii yang buas, dan zalim yang picit, ramas dan perah bangsa mereka sendiri.

UMNO mewakili pemerintahan jenis yang demikian itulah.

Posted by sakmongkol AK47 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.