`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, September 9, 2012

Kenanglah Jasa, tapi TOLAK Kemungkaran!



Apabila Rais Yatim keluarkan kenyataan, saya rasa seram. Terutama apbila Rais membilang. 300 ribu dikatakan 2 ribu. Bagaimana seseorang boleh lie through his teeth. Bercakap bohong tanpa ada rasa bersalah. Setelah merenung panjang, saya rasa tidak ada kontradiksi. Beginilah gaya nya pemimpin UMNO yang telah membiasakan diri dengan pembohongan. Sehingga bercakap bohong dan menipu tidak menjadi apa apa. Memfitnah dan membohong merupakan keperangaian kedua UMNO.( is second nature to UMNO)

Setelah Jepun tewas dalam perang dunia ke2, Jepun ditadbir oleh Amerika melalui General McArthur. Apabila demokrasi di pulihkan, Jepun ditadbir oleh parti LDP Jepun semenjak tahun 1955. LDP ini adalah UMNO untuk rakyat Jepun.

LDP Jepun membawa kemajuan dan pembangunan untuk bangsa Jepun. Ekonomi Jepun sehingga sekarang merupakan salah satu ekonomi terbesar dan bertenaga didunia. LDP juga telah membina dan menyediakan prasarana untuk pembangunan dan kemajuan Jepun. Mereka telah lakukan sama seperti yang Rais Yatim sebut dilakukan oleh UMNO dan Perikatan.

LDP pun buat macam Najib buat. Mentransformasi negara nya melalui menswastakan syarikat milik kerajaan dan mempromosi  kelajuan ekonomi dengan memilih kawan kawan untuk memangkin kepesatan ekonomi. Jho Low dan geng membangunkan Sungai Besi. Seorang rakan lain diberi kontrak kerja tambahan LRT Ampang. Kawan yang sama membekal gerabak keretapi dan kawan yang sama juga broker mendapatkan komisyen dari kerajaan negeri China. Seorang kawan lagi, lambang orang Melayu diberi monopoli keatas seluruh Malaysia- gula, IPP, beras, air, pelabuhan2, jalanraya, syarikat buat kereta, KTMB dan apa sahajalah yang mata dapat pandang. Seorang kawan lain sebab dia sekolah sama dengan Kak Ros, diberi grant 250 juta supaya suami kawan tersebut dapat membangunkan suatu projek menternak lembu. Walaupun kawan itu tidur bersama suami, dia tidak tahu apa sang suami lakukan.

Biarlah lembu jadi lembu. Jangan manusia jadi lembu.

Tapi LDP tetap ditolak oleh rakyat Jepun. Bukan sebab rakyat Jepun tidak menghargai sumbangan dan peranan yang dimainkan oleh LDP. Peranan dan sumbangan LDP lebih besar dari UMNO kerana ekonomi Jepun lebih besar dari ekonomi kita.

Rakyat menolak LDP sebab parti itu korap dan parti itu angkuh. Ia bermula dengan skendel rasuah Lockheed.

Demikian juga kalau rakyat Malaysia terutama orang Melayu menolak UMNO itu bukan bererti orang Melayu dan rakyat Malaysia tidak menghargai peranan dan sumbangan UMNO semenjak menang PRU 1955 sehingga sekarang, tapi orang menolak UMNO sebab parti itu melambangkan rasuah dan sombong dan angkuh. Sebab UMNO membenarkan lanun dan perompak bermaharajalela.

Rakyat Jepun juga sedar, bukan LDP sahaja yang boleh membawa pembangunan. Parti lain pun boleh. Demikian juga dinegara ini- rakyat sedar bukan UMNO sahaja yang boleh bawak pembangunan. Parti lain juga boleh. PAS di Kelantan dan Kedah boleh. DAP di Pulau Pinang boleh. PKR di Selangor boleh. Apa UMNO boleh buat, boleh juga dilakukan oleh parti lain dengan lebih baik.

Maka kalau berdasarkan kita mesti sokong kerana mengenang jasa kerajaan, maka rakyat Kelantan jangan tukar PAS kerana parti itu melakukan jasa yang banyak. Rakyat Penang jangan tukar kerajaan kerana Lim Guan Eng banyak jasa. Jangan tukar Khalid Ibrahim sebab dia bawak lebih baik kemajuan dari kerajaan2 UMNO. Jangan tukar PAS Kedah kerana mereka mentadbir Kedah lebih baik dari UMNO.

Takkan lah perkara ini tidak difahami oleh Rais Yatim yang memilki PhD tulin dari university UK. Ini bukan doctorate beli punya. Ini ori. Takkan lah Rais Yatim tak pandai membaca isyarat dari orang Melayu. Dalam tahun 2008, dari 5.7 juta orang Melayu, yang menyokong calun2 UMNO hanya 2 juta. Rakyat sokong atau tolak bergantung sama ada parti itu baik atau jahat. Apatah lagi waktu ini, Dr Mahathir bekas presiden UMNO kata UMNO dan BN parti syaitan. Takkan oleh orang Melayu yang kuat berugama mahu memilih syaitan?

Pengundi yang telah menolak UMNO, adakah mereka akan kembali ke pangkuan UMNO? Orang yang berani menolak UMNO walaupun parti itu `berjasa’ dan sebagainya, melakukan demikian atas dasar keyakinan dan kepercayaan. Kualiti undi seperti itu lebih tinggi dari undi yang didapati dengan cara membeli, membayar dan mengugut. Orang yang sudah menolak UMNO, 90% tidak akan kembali ke pangkuan UMNO. Mereka sudah mengucap Sadaqallah. Tamat.

Di kampong saya Pekan, bila kita tanya berapa orang datang hari raya rumah terbuka Najib- Ramai jawab nya. Bayangkan- 100 ribu bungkusan habis. Kalau 100 ribu bungkusan, saya kata lebih kurang 20 ribu lah yang datang. Tamah 10 ribu lagi, habis kuat 30 ribu. Jumlah itu macam biasa biasa.  Eh.macam mana gitu? Yelah, kalau setiap orang ambil 5 bungkusan sebab anak kat rumah dan suadara mara ramai, maka setiap orang akan ambil 5 bungkusan. Itu tak termasuk yang datang round ke2 untuk ambil lagi. Cuba bayangkan, pengunjung tak ambil satu tin biskut- mereka ambil 1 crate tin biskut.

Tamrin Tun Ghafar dijadualkan buat ceramah di Serkam Darat, Jasin.  Ahli parlimen dan ketua bahagian UMNO ialah Ahmad Hamzah, adik ipar kepada Tamrin. UMNO Jasin memutuskan mengadakan ceramah saingan bersebelahan dengan ceramah Tamrin Tun Ghafar. Oleh kerana tidak mahu menyinggung rasa kekeluargaan Tamrin Tun Ghafar mengalih lokasi ceramah ke Serkam Pantai.  UMNO Jasin pun turut menjejaki langkah ini dan memutuskan untuk mengadakan ceramah ditempat yang sama, lebih kurang 400 meter jarak nya. Ceramah Tamrin dihadiri oleh 3 ribu orang, ceramah UMNO Bahagian dihadiri lebih kurang 100 orang. Ahmad Hamzah hanya sempat berkata- saya sebak malam ini, tak dapat bercakap kerana ipar saya mengkhianati bangsa dengan masuk PAS. Speaker DUN pun tak cakap banyak sebab pendengar hanya 100 orang.

Berminggu minggu, akhbar UMNO mengatakan Tamrin seorang yang tidak berguna. Ketua Pemuda UMNO nasional pun hentam Tamrin. Tamrin seorang reject dan sebagainya. Kalau benar Tamrin itu bukan ancaman, maka mengapa lebih ramai orang mendengar ceramah nya dari ceramah UMNO Jasin? Dan mengapa harus gundah gulana terhadap Tamrin kerana sebagai seorang yang tidak berguna, tentulah dia tidak dapat mengancam kekuatan UMNO.

UMNO Kedah buat rumah terbuka hari raya. Jemput 70 rinu orang. Yang datang 3 ribu orang. UMNO Bentong buat rumah terbuka, jemput 20 ribu, yang datang 2 ribu.

Kalau dikaji dari sudut angka atau numbers, UMNO kian hari seperti yang benar2 terjadi, ditolak oleh rakyat. Pemimpin UMNO sedar hakikat ini tapi masih terus bercakap besar.

Dan selain Najib yang paling bercakap besar dan yang sudah naik jobo, hanya Rais Yatim sahaja.

Posted by sakmongkol AK47

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.